Sunday, September 13, 2020

Sejarah Sekolah

Sebelum sekolah ini dibuka dengan rasminya, murid dan guru telah menumpang di SK Palong 7 (F). Pada 13 November 1995 dengan diketuai oleh En. Ibrahim bin Josam sebagai guru besar dengan bantuan seramai 15 orang guru dan 500 orang murid.

    Pada 4 Disember 1995, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya dengan seramai 15 orang guru yang berpindah dari SK Palong 7 (F) dan 4 orang guru lepasan maktab telah melapor diri. En. Ibrahim bin Josam telah bertukar ke SK Jelai 3 (F) pada 31 November 2000 dan diganti oleh En. Razali bin Saadan dari SK Jelai 3 (F).

   Dari tahun 2000, Sek Keb Palong 8 (Felda) telah menempa kejayaan di bidang Ko-Kurikulum seperti mewakili negeri dalam pertandingan nasyid (Kebangsaan) di Gold Course (Kelang) pada tahun 2005. Tahun 2001 hingga 2007, mewakili Negeri Sembilan bagi pertandingan kawad kaki dan pada tahun 2005 menjadi johan kebangsaan puteri dan ketiga bagi pasukan putera. Tahun 2003, kelas Pra-sekolah diwujudkan dengan diberi nama Kelas Pra-Permata yang dipimpin oleh Cikgu Zalawiah. Seterusnya pada 2005, kelas Pra-Didik diwujudkan dan dipimpin oleh Cikgu Norien. 

  Bertarikh 29 Jun 2006, penyerahan rasmi Makmal Komputer oleh 2 orang wakil dari DRB-HICOM kepada pihak sekolah dan dituruti dengan penyerahan bilik akses pada bulan September 2007. Seterusnya pada 4 Januari 2008, kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah berjaya ditubuhkan dan diteraju oleh Puan Megawati binti Abd Kadir.

  Setelah 9 tahun berkhidmat, En. Hj Razali bin Saadan bertukar ke SK Palong 4 (F) dan digantikan dengan En. Hj Azami bin Yusop.  Pada 2011, Pn Mas binti Dahalan mengambil alih teraju yang kemudiannya bersara pada 8 Februari 2012.

  Setelah kerusi guru besar kekosongan selama 5 bulan dan dipangku oleh Guru Penolong Kanan, En Mohd Sharif bin Mansor, En Noor Azmee bin Haji Arshad dilantik sebagai guru besar pada 16 Julai 2012. Beliau meneruskan kecemerlangan dalam pertandingan Kawad Kaki dan permainan Sofbol. Kemudian, beliau telah berpindah ke SK Palong 14 (F) pada 16 Jun 2019.

  Setelah lebih 20 tahun penubuhan, SK Palong 8 (Felda) kini diterajui di bawah kepimpinan guru besar yang ke 6, En Nor Azman bin Ishak. Pada masa ini, bilangan pelajar SK Palong 8 (Felda) seramai 403 orang murid  terdiri daripada 342 orang murid dari arus perdana dengan 12 kelas dan 11 orang murid  dari PPKI dengan 3 buah kelas. Manakala prasekolah seramai 50 orang murid dari 2 buah kelas. Bilangan kakitangan akademiknya seramai 34 orang (17 orang guru lelaki dan 17 orang guru perempuan) dan 8 orang kakitangan (2 lelaki dan 6 perempuan).

  Semoga SK Palong 8 (Felda) terus melangkah dengan jayanya serta dapat mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

 

Friday, October 8, 2010

Waktu Operasi

ISNIN - JUMAAT 
  • 10 PAGI - 11 PAGI
SABTU
  • 10 PAGI - 12 TENGAHARI

PERPUSTAKAAN DITUTUP PADA HARI AHAD DAN CUTI UMUM




Peraturan PSS SK Palong 8

PERATURAN AM
  • Murid tidak dibenarkan membawa masuk beg, makanan dan minuman ke dalam perpustakaan
  • Murid tidak dibenarkan memakai kasut didalam perpustakaan. Kasut perlu diletakkan di luar perpustakaan dengan keadaan teratur.
  • Murid mestilah senyap semasa berada di perpustakaan.
  • Murid perlu meletakkan buku di atas troli yang disediakan selepas digunakan.
  • Murid dilarang megoyak, mengotor, menconteng atau menggunting bahan-bahan bacaan atau merosakkan bahan/peralatan perpustakaan.
  • Bahan bacaan seperti majalah, surat khabar, buku rujukan, risalah dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa keluar tanpa kebenaran.
  • Pada waktu rasmi persekolahan, pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan kecuali pada waktu rehat atau di bawa oleh guru.
  • Guru dan pengawas perpustakaan boleh menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas murid-murid yang melanggar peraturan perpustakaan.
  • Murid hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. 

PERATURAN PINJAMAN
  • Setiap murid dibenarkan meminjam 2 buah buku dalam satu-satu masa.
  • Setiap pinjaman buku adalah dalam tempoh 3 hari sahaja.
  • Murid boleh memperbaharui tempoh pinjaman buku.
  • Murid yang tidak memulangkan buku yang dipinjam pada tarikh pemulangan akan dikenakan denda 10 sen sehari.
  • Murid yang meminjam buku adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku tersebut dari koyak, rosak, contengan dan kehilangan.
  • Jika berlaku kehilangan murid akan dikenakan denda mengikut kadar harga buku tersebut.
  • Buku rujukan dan kamus tidak boleh di bawa keluar atau dipinjam.
PERATURAN BERPAKAIAN

  • Murid hanya dibenarkan memakai uniform sekolah atau kemeja t-sekolah semasa berada di dalam perpustakaan.
  • Kasut dan stocking tidak dibenarkan dipakai semasa berada di dalam perpustakaan
PERATURAN KESELAMATAN

  • Jika berlaku kebakaran, hendaklah meninggalkan bangunan perpustakaan dengan secepat mungkin.
  • Gunakan pintu yang terdekat dan ikut laluan keselamatan yang telah ditetapkan mengikut pelan.
  • Pengawas atau guru yang berada di dalam perpustakaan hendaklah memastikan tiada sesiapa yang masih berada di dalam perpustakaan jika berlaku kebakaran.

    Tuesday, July 27, 2010

    Objektif Penubuhan PSS

    OBJEKTIF PSS
    1. Untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar dalam sesebuah sekolah.
    2. Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan yang ada supaya tidak hanya bergantung kepada buku teks sahaja.
    3. Memupuk tabiat belajar sendiri dengan membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.
    4. Membanttu pelajar dan guru menghasilkan dan menggunakan alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
    5. Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan yang berbeza di kalangan pelajar.
    6. Melatih pelajar menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pengajaran.

    Misi dan Visi PSS

    VISI PSS

    PSS SK Palong 8 (f) sebagai nadi ilmu yang boleh menyebarkan maklumat melalui pelbagai media kepada semua warga SK Palong 8(f).


    MISI PSS

    PSS mempunyai misi untuk melahirkan individu intelek yang celik IT, mengekplorasi maklumat bagi membentuk warga sekolah yang cemerlang selaras dengan Misi Sekolah.

    Logo Sekolah

    mengandungi 3 warna
    Kuning, Hijau, Merah
    Kuning - Kesetiaan kepada Raja dan Negara
    Hijau - Agama Islam sebagai Agama Rasmi
    Merah - Keberanian & Kegagahan menghadapi cabaran ke arah pencapaian kecemerlangan

    Struktur, Komposisi & Takrif Lencana :
    Perisai
    Kedaulatan Undang-undang & Peraturan Sekolah
    Obor
    Cahaya - Kecemerlangan
    Api - Ilmu Menerangi Hidup
    Panas - Semangat Perjuangan
    Pemegang - Pendidikan menuju ke arah Wawasan & Falsafah Pendidikan Negara
    Tangkai Padi - Sumber Inspirasi terhadap Keharmonian Masyarakat & Negara

    Sunday, July 4, 2010

    Piagam Pelanggan


    PIAGAM PELANGGAN
    KAMI WARGA PENDIDIK SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 8 (F) DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK

    • Berusaha dengan sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan pendidikan yang memuaskan kepada anak didik kami.

    • Memberikan perkhidmatan dan layanan mesra kepada setiap tetamu yang berurusan dengan kami.

    • Memberikan maklumat kepada pelanggan dalam masa satu minggu untuk diselesaikan.

    • Dalam kes-kes disiplin dan pembelajaran yang serius, kami akan menghubungi ibu bapa dalam tempoh tidak lebih 3 hari.

    • Semua aduan akan diberikan perhatian segera dalam tempoh satu minggu atau sebelum tarikh yang ditetapkan.

    • Memberi perhatian dan tindakan segeraterhadap kes kemalangan dan sakit pening.

    • Mengamalkan tatacara kawalan disiplin yang sesuai dan adil untuk semua murid.

    • Bersedia dan mengaturkan perbincangan dengan ibu bapa mengenai kemajuan pendidikan anak mereka sekurang-kurangnya sekali setahun.

    • Sentiasa menerima cadangan dan pandangan yang positifuntuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan pendidikan di sekolah ini.
    Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template