Pada 4 Disember 1995, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya dengan seramai 15 orang guru yang berpindah dari SK Palong 7 (F) dan 4 orang guru lepasan maktab telah melapor diri. En. Ibrahim bin Josam telah bertukar ke SK Jelai 3 (F) pada 31 November 2000 dan diganti oleh En. Razali bin Saadan dari SK Jelai 3 (F).
Dari tahun 2000, Sek Keb Palong 8 (Felda) telah menempa kejayaan di bidang Ko-Kurikulum seperti mewakili negeri dalam pertandingan nasyid (Kebangsaan) di Gold Course (Kelang) pada tahun 2005. Tahun 2001 hingga 2007, mewakili Negeri Sembilan bagi pertandingan kawad kaki dan pada tahun 2005 menjadi johan kebangsaan puteri dan ketiga bagi pasukan putera. Tahun 2003, kelas Pra-sekolah diwujudkan dengan diberi nama Kelas Pra-Permata yang dipimpin oleh Cikgu Zalawiah. Seterusnya pada 2005, kelas Pra-Didik diwujudkan dan dipimpin oleh Cikgu Norien.
Bertarikh 29 Jun 2006, penyerahan rasmi Makmal Komputer oleh 2 orang wakil dari DRB-HICOM kepada pihak sekolah dan dituruti dengan penyerahan bilik akses pada bulan September 2007. Seterusnya pada 4 Januari 2008, kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah berjaya ditubuhkan dan diteraju oleh Puan Megawati binti Abd Kadir.
Setelah 9 tahun berkhidmat, En. Hj Razali bin Saadan bertukar ke SK Palong 4 (F) dan digantikan dengan En. Hj Azami bin Yusop. Pada 2011, Pn Mas binti Dahalan mengambil alih teraju yang kemudiannya bersara pada 8 Februari 2012.
Setelah kerusi guru besar kekosongan selama 5 bulan dan dipangku oleh Guru Penolong Kanan, En Mohd Sharif bin Mansor, En Noor Azmee bin Haji Arshad dilantik sebagai guru besar pada 16 Julai 2012. Beliau meneruskan kecemerlangan dalam pertandingan Kawad Kaki dan permainan Sofbol. Kemudian, beliau telah berpindah ke SK Palong 14 (F) pada 16 Jun 2019.
Setelah lebih 20 tahun penubuhan, SK Palong 8 (Felda) kini diterajui di bawah kepimpinan guru besar yang ke 6, En Nor Azman bin Ishak. Pada masa ini, bilangan pelajar SK Palong 8 (Felda) seramai 403 orang murid terdiri daripada 342 orang murid dari arus perdana dengan 12 kelas dan 11 orang murid dari PPKI dengan 3 buah kelas. Manakala prasekolah seramai 50 orang murid dari 2 buah kelas. Bilangan kakitangan akademiknya seramai 34 orang (17 orang guru lelaki dan 17 orang guru perempuan) dan 8 orang kakitangan (2 lelaki dan 6 perempuan).
Semoga SK Palong 8 (Felda) terus melangkah dengan jayanya serta dapat mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.
No comments:
Post a Comment